ASSALAMUALAIKUM W.M.T

SELAMAT MELAYARI BLOG EYDAdpyik09/10

Ahad, 17 Januari 2010

TUGASAN SGDT3022

Assalamualaikum semua, kiranya sudi membaca artikel yang saya telah masukkan di blog ini dan memberi komen anda. Tajuk artikel saya ialah
" APLIKASI TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: JANGKAAN MASA DEPAN".
Kerjasama daripada rakan-rakan semua amat dihargai dan didahulukan dengan Terima kasih.
http://myais.fsktm.um.edu.my/5244/1/11.pdf
SINOPSIS:
Pendidikan dalam era lCT secara langsung mengubah kaedah pengajaran konvensional kepada penggunaan teknologi pendidikan. Dengan yang demikian, tugas para guru semakin mencabar kerana mereka harus menjadikan teknologi sebagai pemangkin dalam kerjaya mereka. Perkembangan lCT yang terlalu pesat masa kini menyebabkan pengguna menghadapi masalah dalam memilih perkakasan dan peralatan teknologi untuk digunakan dalam pendidikan. Sebenarnya, teknologi di seluruh dunia masa kini secara besar-besaran sedang beralih menuju ke era baru berorientasikan teknologi tanpa wayar atau wireless. Menyedari hakikat berkenaan adalah wajar satu kajian dijalankan ke atas pandangan pakar mengenai jangkaan masa depan terhadap aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran peringkat sekolah menengah. Artikel ini akan membincangkan hasilan kajian jangkaan masa depan terhadap aplikasi tekno1ogi dalam pengajaran-pembe1ajaran peringkat sekolah menengah. Pandangan pakar yang diambil sebagai sampel bagi teknik Delphi untuk kajian ini memberi fokus kepada tiga tema utama iaitu: a) Peralatan teknologi yang dijangkakan; b) Kesan terhadap bentuk pengajaran-pembelajaran; dan c) Kesan terhadap pelajar serta guru. Implikasi kajian dan cadangan juga dibincangkan. Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada pakar terhadap teknologi yang akan digunakan di sekolah-sekolah menengah pada masa depan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan persetujuan pakar terhadap jangkaan kesan aplikasi teknologi dalam pengajaran-pembelajaran kepada guru dan pelajar.