ASSALAMUALAIKUM W.M.T

SELAMAT MELAYARI BLOG EYDAdpyik09/10

Ahad, 17 Januari 2010

TUGASAN SGDT3022

Assalamualaikum semua, kiranya sudi membaca artikel yang saya telah masukkan di blog ini dan memberi komen anda. Tajuk artikel saya ialah
" APLIKASI TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: JANGKAAN MASA DEPAN".
Kerjasama daripada rakan-rakan semua amat dihargai dan didahulukan dengan Terima kasih.
http://myais.fsktm.um.edu.my/5244/1/11.pdf
SINOPSIS:
Pendidikan dalam era lCT secara langsung mengubah kaedah pengajaran konvensional kepada penggunaan teknologi pendidikan. Dengan yang demikian, tugas para guru semakin mencabar kerana mereka harus menjadikan teknologi sebagai pemangkin dalam kerjaya mereka. Perkembangan lCT yang terlalu pesat masa kini menyebabkan pengguna menghadapi masalah dalam memilih perkakasan dan peralatan teknologi untuk digunakan dalam pendidikan. Sebenarnya, teknologi di seluruh dunia masa kini secara besar-besaran sedang beralih menuju ke era baru berorientasikan teknologi tanpa wayar atau wireless. Menyedari hakikat berkenaan adalah wajar satu kajian dijalankan ke atas pandangan pakar mengenai jangkaan masa depan terhadap aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran peringkat sekolah menengah. Artikel ini akan membincangkan hasilan kajian jangkaan masa depan terhadap aplikasi tekno1ogi dalam pengajaran-pembe1ajaran peringkat sekolah menengah. Pandangan pakar yang diambil sebagai sampel bagi teknik Delphi untuk kajian ini memberi fokus kepada tiga tema utama iaitu: a) Peralatan teknologi yang dijangkakan; b) Kesan terhadap bentuk pengajaran-pembelajaran; dan c) Kesan terhadap pelajar serta guru. Implikasi kajian dan cadangan juga dibincangkan. Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada pakar terhadap teknologi yang akan digunakan di sekolah-sekolah menengah pada masa depan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan persetujuan pakar terhadap jangkaan kesan aplikasi teknologi dalam pengajaran-pembelajaran kepada guru dan pelajar.

9 ulasan:

  1. IT dlm P&P seharusnya diaplikasi dalam semua peringkat institusi pendidikan bermula di tadika sehinggalah di peringkat tinggi.... IT mendedahkan pelajar kepada dunia teknologi di samping sebahagian daripada ABM yang menarik. Penggunaan IT sendiri secara tidak langsung akan menunjukkan bahawa guru tersebut adalah inovatif dan kreatif...

    BalasPadam
  2. Saya bersetuju dengan penggunaan ICT dalam p&p supaya dapat mewujudkan masyarakat yang tidak ketinggalan dalan dunia teknologi

    BalasPadam
  3. Penggunaan komputer sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran atau “tool” dalam matapelajaran bahasa telah lama diperkatakan dan dilaksanakan di luar negara. Namun pendekatan ini banyak digunakan bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Pendekatan ini masih kurang dalam matapelajaran Bahasa Melayu. saya berpendapat bahawa murid yang menggunakan komputer sebagai bahan bantu pembelajaran mereka dapat memahami dengan lebih cepat serta mampu meningkatkan motivasi mereka dalam pelajaran.

    BalasPadam
  4. ICT dalam P&P dalam era akan datang (era 2020) akan mengalami perkembangan yang semakin pesat selaras dengan perkembangan ekonomi dunia. Pada tahun 2010, dunia pendidikan telah menggunakan pelbagai bentuk teknologi dalam P&P seperti e-learning, video conference. Tidak mustahil pada tahun 2020, akan muncul mMobile, p&p secara simulasi internet dan pelbagai lagi. Justeru itu, perkembangan dunia ICT dalam pendidikan ini menuntut kepakaran guru dalam penggunaan teknologi baru ini bagi menyediakan bahan p&p. guru harus peka dengan perubahan pendidikan dalam ICT agar mereka tidak ketinggalan dalam dunia ini.

    BalasPadam
  5. salam.

    Setuju. Apapun, ini antara Tips belajar menggunakan komputer semasa P&P, di samping minda cerdas dan badan pun sihat & cergas!

    1. Pastikan cahaya lampu / matahari disekeliling anda cukup terang berbanding cahaya skrin monitor. Ini untuk mengelakkan mata anda menerima terlalu banyak cahaya dan akan merosakkan mata.

    2. Pastikan kedudukan monitor anda selari dengan mata atau bawah sedikit daripada pandangan mata. Ini bertujuan supaya mata dan juga leher anda tidak cepat letih.

    3. Berehat sekurang-kurangnya 15 minit dengan memandang tempat yang jauh selepas menggunakan komputer selama 1 jam. Ini bertujuan mengurangkan keletihan mata dan juga memastikan anak mata sentiasa sihat.

    4. Seboleh-bolehnya kerusi yang anda guna selesa dengan badan anda. Meletakkan bantal kecil dibawah punggung anda juga boleh memberi keselesaan jika anda menggunakan kerusi kayu.

    5. Pastikan tetikus (mouse) anda selaras dengan tinggi kedudukan anda. Jika kedudukan mouse terlalu tinggi atau rendah, ia akan menyebabkan keletihan pada tangan anda.

    Semoga anda dapat menggunakan kemudahan yang telah sedia ada dengan sepenuhnya dan sekaligus meningkatkan mutu pembelajaran anda.

    selamat mencuba!

    BalasPadam
  6. XKIRA PERINGKAT UMUR MN SKALIPN ICT NI MEMANG & SGT2 PTG SAMADA SEKARANG MHPN PD MS AKN DTG. LG2 DLM PENDIDIKAN. SPECIALLY GURU PERLU ADA ILMU TTG ICT. KEBOLEHAN & KEPAKARAN GURU DLM ICT AKN MEMPERMUDAHKAN PROSES PNP & DGN KREATIVITI YG ADA GURU DPT MEMPERSEMBAHKN MAKLUMAT PENGAJARAN DENGAN LBH BERKESAN. GURU MATAPELAJARAN APA SKALIPN PERLU PEKA DENGAN ICT KERANA DARI SEMASA KE SEMASA ICT SENTIASA MAJU KE DEPAN, SETIAP SAAT ADA SJ YG BERUBAH & BERTAMBAH, JIKA GURU JUGA KETINGGALAN & BUTA ICT, APATAH LG PARA PLJR.

    JD, GURU MESTI BERPENGALAMAN & BYK ILMU ICT SERTA HARUS KREATIF $ SENTIASA BERINOVATIF DALAM MELANCARKAN PROSES PNP. PEMBELAJARAN PARA PELAJAR AKN MENJADI LEBIH BERMAKNA & BERKESAN.

    BalasPadam
  7. noranida said...

    aplikasi teknologi dalam p&p sudah pun berlaku dalam pendidikan masa kini. melalui kajian yang telah dibuat, bermula tahun 2006-2020 akan muncul 13 peralatan teknologi. hasilnya sudah dapat dilihat pada hari ini iaitu penggunaan teknologi tersebut telah diapikasikan dalam pnp serta kepada pelajar.

    BalasPadam
  8. azlin azira-
    penggunaan ICT dalam p&p sudah terbukti berkesan..ianya dapat menggunakan kaedah pembelajaran yang bepusatkan pelajar.

    BalasPadam
  9. PEMBENTUKAN KUMPULAN
    Untuk memudahkan pengurusan sesi baru pengajian, adalah diharapkan ketua-ketua kumpulan dapat menghantar senarai nama ahli kumpulan seramai 20 atau 21 orang berserta No Matrik kepada Ustzh. Fatma.
    Ketua-ketua kumpulan yang dipilih hendaklah seorang yang aktif membuka blog dan boleh membantu pihak pengurusan untuk menghubungi ahli-ahli di bawahnya sekiranya terdapat sebarang makluman penting dan segera agar ahli-ahli kumpulannya mendapat maklumat dengan segera. Sila layari ..ustazah ict..jadilah ahli kami:kini berjumlah 13/saya di p mas juga eloklah kita gabung

    BalasPadam